Saturday, June 20, 2009

isu semasa..PaNaZ~~~

herm...isu yang utama adalah isu bahasa melayu...porak peranda dah prinsip kita sekarang nih.antara mendaulatkan bahasa sendiri atau bahasa asing.kalau tak aplikasi salah, aplikasi pun salah..kesian our gov lah.kesiankan dorang. masalah bahasa ni bukan isu rumit pun. berpegang pada perlembagaan kita. martabatkan bahasa melayu dalam segala urusan rasmi. barulah bangsa lain akan memartabatkan bahasa melayu pulak. bukankah bahasa melayu sudah menjadi bahasa seantero dunia?sistem pendidikan kita yang dahulu juga bermula dengan bahasa melayu telah melahirkan ramai golongan intelektual. sekarang ni cuba kita perhatikan, bahasa asing telah mendominasi dasar pendidikan hinggalah nak kerja pun.apa kata wajibkan bangsa asing yang nak belajar kat sini kena amik kursus bahasa melayu sehingga lulus kredit lah.kalau korang baca mastika keluaran terbaru, bukak page belakang cerita pasal african people. they all cakap pasal senang je nak lulus kalau belajar kat malaysia. kita nak pergi belajar kat luar negara pun kena amik kursus bahasa dorang dulu..pelikkan negara kita ni.huhu...pastu isu kedua yang panas adalah isu 1malaysia..aku puji perdana menteri kita kerana membawa dasar yang boleh menyatupadukan rakyat tetapi perlu dikaji dahulu untuk setiap aspek...1malaysia terlalu meluas fahamannya...rakyat perlu tahu apa itu konsep 1malaysia dahulu, apa peranan rakyat terhadap konsep ini, apa keistimewaan yang rakyat akan dapat, apakah langkah kerajaan untuk memastikan konsep ini tidak akan sama dengan konsep yang dibawa oleh MALAYAN UNION nanti...nway kerajaan sedang berkerja keras untuk memajukan malaysia...malaysia negara aku, aku mahukan yang terbaik untuk negara aku dan juga bangsa aku..bila bercakap mengenai isu 1malaysia ni aku teringat kata2 pensyarah aku dulu..(sir i pinjam sat kata2 hikmat u ye)..."kalau satu hari nanti malaysia diserang (coz sekarang ni kita tak tahu apa akan jadi pada masa depankan), kemana bangsa melayu akan lari terutama rakyat yang sederhana atau miskin??kemana??adakah indonesia?filipina?arghh, bayangkanlah mana kita nak lari...bangsa cina akan kembali semula ke negara asal mereka begitu juga bangsa india dan bangsa2 lain yang ada di malaysia sekarang...tapi kita bangsa melayu?herm...tu la yang buat aku terfikir2 masa depan aku dengan lebih serius..wahai bangsaku, bangunlah..tengoklah dunia di sekeliling kita ni...jangan hanya leka dengan keseronokkan hiburan semata2.hanya ilmu dunia dan akhirat yang akan jadi bekalan kita...selamat beramal~~~

No comments: